Saturday, May 14, 2016

SEJARAH GIATMARA IPOH BARAT

Pusat GIATMARA Ipoh Barat telah beroperasi pada bulan Mei 2004. Pada bulan dan tahun tersebut GIATMARA Ipoh Timur yang beralamat di No 5, Jalan Zarib 8, Kawasan Perindustrian Zarib, 31500. Dengan jumlah kakitangan seramai 6 orang. Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi Julai-Disember 2004. Seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti dalam bidang CEIT (Consume Electronics & Information Technology). Seterusnya jumlah kemasukan pelatih meningkat kepada 19 orang pada sesi Januari-Jun 2005. 

Untuk pengambilan sesi Julai-Disember 2005, seramai 27 orang pelatih telah dipilih.Pada sesi Jan-Jun 2006, seramai 34 orang pelatih telah dipilih. Pada bulan Jun 2006, GIATMARA Ipoh Timur telah ditukarkan lokasi bertempat di No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak dan pada tahun 2008 telah ditukarkan nama dari GIATMARA Ipoh Timur ke GIATMARA Ipoh Barat serta menawarkan bidang TSK iaitu Teknologi Sistem Komputer. 

No comments:

Post a Comment