Saturday, May 14, 2016

P&P (Pengajaran Dan Pembelajaran) 
GIATMARA IPOH BARAT

Pada sesi Jan-Jun 2016, terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan. Setiap modul mempunyai dua jenis peperiksaan iaitu teori dan amali. Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal. Peperiksaan ini dipanggil P.A.M. atau Peperiksaan Akhir Modul. Antara topik-topik modul ialah :-

  • Modul 1   :  Mengurus keselamatan di tempat kerja
  • Modul 2   :  Menghasilkan dokumen pejabat
  • Modul 3   :  Prinsip elektrik dan elektronik 
  • Modul 4   :  Memasang perkakasan komputer
  • Modul 5   :  Memasang perisian sistem operasi dan aplikasi
  • Modul 6   :  Memasang rangkaian komputer
  • Modul 7   :  Memasang sistem keselamatan komputer
  • Modul 8   :  Membaikpulih kerosakan sistem komputer
  • Modul 9   :  Menaiktaraf kerosakan sistem komputer
  • Modul 10 :  Aplikasi multimedia
Latihan pada waktu pagi bermula pada jam 9 dan berehat pada pukul 10. Kemudian disambung semula pada 10:30 pagi dan berehat pada pukul 1 petang untuk rehat tengah hari. Latihan pada waktu petang berjalan sehingga pukul 5:15 petang. 

No comments:

Post a Comment