Saturday, May 14, 2016

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kursus di GiatMara Ipoh Barat, boleh hubungi :-

  • Pejabat GiatMara Ipoh Barat - 05 249 7717 
Atau boleh terus bertanya di kaunter pertanyaan GiatMara Ipoh Barat :-

  • LOKASI GIATMARA IPOH BARAT
  • No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak.  

Aktiviti GIATMARA Ipoh Barat

Latihan Sesi Jan-Jun 2016 telah mengadakan aktiviti indoor dan outdoor, bertujuan mengeratkan silaturahim dan hubungan baik antara pelatih. Kebanyakan aktiviti yang dirancang merupakan idea pelatih dan disokong oleh tenaga pengajar GiatMara Ipoh Barat. Antara aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan ialah :-

  • Jamuan 'Potluck' di Taman DR. Seenivasagam
  • Bowling Giat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade
  • Gotong royong di Masjid Kg. Paloh
  • Running Giat di Taman DR. Seenivasagam 
Segala aktiviti yang dicadangkan telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya hasilan pelatih GiatMara Ipoh Barat sendiri.
P&P (Pengajaran Dan Pembelajaran) 
GIATMARA IPOH BARAT

Pada sesi Jan-Jun 2016, terdapat 10 bab atau modul yang berjalan sepanjang masa latihan. Setiap modul mempunyai dua jenis peperiksaan iaitu teori dan amali. Peperiksaan teori merupakan ujian bertulis manakala amali adalah latihan secara praktikal. Peperiksaan ini dipanggil P.A.M. atau Peperiksaan Akhir Modul. Antara topik-topik modul ialah :-

  • Modul 1   :  Mengurus keselamatan di tempat kerja
  • Modul 2   :  Menghasilkan dokumen pejabat
  • Modul 3   :  Prinsip elektrik dan elektronik 
  • Modul 4   :  Memasang perkakasan komputer
  • Modul 5   :  Memasang perisian sistem operasi dan aplikasi
  • Modul 6   :  Memasang rangkaian komputer
  • Modul 7   :  Memasang sistem keselamatan komputer
  • Modul 8   :  Membaikpulih kerosakan sistem komputer
  • Modul 9   :  Menaiktaraf kerosakan sistem komputer
  • Modul 10 :  Aplikasi multimedia
Latihan pada waktu pagi bermula pada jam 9 dan berehat pada pukul 10. Kemudian disambung semula pada 10:30 pagi dan berehat pada pukul 1 petang untuk rehat tengah hari. Latihan pada waktu petang berjalan sehingga pukul 5:15 petang. 
SEJARAH GIATMARA IPOH BARAT

Pusat GIATMARA Ipoh Barat telah beroperasi pada bulan Mei 2004. Pada bulan dan tahun tersebut GIATMARA Ipoh Timur yang beralamat di No 5, Jalan Zarib 8, Kawasan Perindustrian Zarib, 31500. Dengan jumlah kakitangan seramai 6 orang. Pengambilan pelatih sulung adalah pada sesi Julai-Disember 2004. Seramai 14 orang pelatih telah berpeluang mengikuti dalam bidang CEIT (Consume Electronics & Information Technology). Seterusnya jumlah kemasukan pelatih meningkat kepada 19 orang pada sesi Januari-Jun 2005. 

Untuk pengambilan sesi Julai-Disember 2005, seramai 27 orang pelatih telah dipilih.Pada sesi Jan-Jun 2006, seramai 34 orang pelatih telah dipilih. Pada bulan Jun 2006, GIATMARA Ipoh Timur telah ditukarkan lokasi bertempat di No 155, Jalan Dato' Onn Jaafar, 30300, Ipoh, Perak dan pada tahun 2008 telah ditukarkan nama dari GIATMARA Ipoh Timur ke GIATMARA Ipoh Barat serta menawarkan bidang TSK iaitu Teknologi Sistem Komputer.